PADA 18.6.2014,telah berlangsungnya majlis ringkas tahlil
dan tazkirah di pejabat KEMAS bagi Parlimen Bagan Datoh ini.majlis yang telah
di hadiri oleh kakitangan pemaju masyarakat tabika dan taska ini sangatbaik.
Majlis yang telah di mulakan dengan bacaan tahlil yang telah diketuai oleh
Ustaz Abdul Kodir Bin Rejab ini cukup ringkas dan padat.
Selepas bacaan tahlil
tersebut beliau juga memberikan sedikit tazkirah sebagai ingatan kepada semua
pemaju masyarakat khususnya berkaitan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama
lagi.Antara penyataan yang beliau katakan ialah ”untungnya kita menjadi umat Muhammad
dengan adanya Bulan Ramadhan kerana ada
dikalangan Nabi pun berebut-rebut untuk mendapatkan nikmat dan ganjaran dibulan
tersebut yang hanya dapat pada umat Nabi Muhammad sahaja,jadi kita kenalah
manfaatkan bulan ramadhan sebaik mungkin.beliau juga turut menyentuh
tentang syarat-syarat berpuasa bagi golongan yang upaya.
Kehadiran seramai
lebih 30 orang itu telah membuatkan majlis yang ringkas itu sangat bermakna buat
semua.Selain bermaaf-maafan,majlis diakhiri dengan ucapan ringkas Penyelia Kanan Parlimen Bagan Datoh iaitu Cik Aminah bt Abdul Manaf dengan menyatakan
jika kita ingin menghadapi bulan yang mulia,hati kita hendaklah sebersih bulan
tersebut.Majlis telah diakhiri dengan jamuan tengahari pada pukul 2.30 petang.