Wednesday 23 April 2014

TEAM SORTING KEMAS BAGAN DATOH TELAH BERMULA

Photo: Team sorting bg datoh...

Team sorting telah bermula selepas bengkel profesionalisme yang telah berlangsung pada 13 April 2014.Kumpulan ini telah dibahagikan mengikut kumpulan kecil dibawah tunjuk ajar Puan Zaleha Wahab selaku mangku penyelia perhubungan di kawasan Parlimen Bagan Datoh. 


Bengkel yang telah di hadiri oleh Pengarah KEMAS PERAK EN.Ahmad Kamal Idris Bin Hji Nawawi turut serta bersama


 Datuk Shahrul zaman Bin Datuk Yahya selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Perak,sebagai perasmi majlis ini.

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS ANJURAN PERPUSTAKAAN AWAM SUNGAI SUMUN,PERAK


Pertandingan yang di adakan sekitar jam 8.00 pagi ini telah berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Pertandingan ini telah melibatkan Tabika KEMAS Parlimen Bagan Datoh Dun Hutan Melintang,PERAK.
Pertandingan ini telah di sertai seramai 100 orang kanak-kanak tabika KEMAS.


Pertandingan ini telah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pertandingan mewarna dan pertandingan kolaj.


Selain itu,keputusan pertandingan ini akan diberitahu pada hari Sabtu 26/4/2014 di Dewan Sungai Sumun yang akan dirasmikan oleh Dato' Zahid Bin Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri Malaysia.
Majlis yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini akan bermula seawal jam 9.00 pagi.    

Monday 14 April 2014

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMAJU MASYARAKAT KEMAS ZON E(BAGAN DATO,TELUK INTAN,TAPAH & TANJUNG MALIM) SIRI 1/2014




13 April 2014,AHAD..Telah berlangsung satu bengkel yang melibatkan seramai 250 orang peserta pemaju masyarakat yang berhimpun di Wisma UMNO Parlimen Bagan Datoh,Perak.

Mereka ini terdiri daripada Parlimen Teluk Intan,Parlimen Tapah dan Parlimen Tanjung Malim.Sebagai tuan rumah bagi bengkel ini,kami telah membuat persiapan yang terbaik untuk kedatangan mereka semua.




Tidak ketinggalan juga,bengkel ini telah dirasmikan oleh Adun Kawasan Rungkup Datuk Shahrulzaman bin Datuk yahya selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Perak.




Bengkel ini juga turut dikunjungi oleh Pengarah KEMAS Perak iaitu EN.Kamal Idris bin Haji Nawawi.Majlis yang telah bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir tepat jam 6.00 petang ini cukup padat dengan pengisian dan slot yang cukup menarik,antaranya perihal isu,perihal perhubungan,perihal kawasan dan perihal penggunaan alam maya.

Sunday 6 April 2014

KELAS TARANUM KEMAS BAGAN DATOH BERSAMA WANITA UMNO

 

3 APRIL 2014,Berlangsungnya sesi pertama pada bulan April ini bagi kelas taranum anjuran Parlimen Bagan Datoh untuk Wanita UMNO yang telah disertai oleh seramai 50 orang wanita dan mereka ini telah mewakili bagi setiap cawangan mereka.Kelas ini bermula seawal 2.30 petang berakhir pada jam 6.00 petang.Kelas ini bertempat di Pejabat Kemas Parlimen Bagan Datoh,Simpang Empat,Hutang Melintang,Perak.




Kelas ini telah dirasmi kan oleh Ustaz Zamhana,turut dihadiri bersama Penyelia Kanan Kemas Parlimen Bagan Datoh,Cik Aminah binti Manaf,selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Parlimen Bagan Datoh,Perak.

Tuesday 1 April 2014

MESYUARAT-MESYUARAT AGONG TABIKA & PENERANGAN GST MENGAKHIRI AKTIVITI KEMAS BULAN MAC

   

21 MAC 2014,Minggu pengakhiran pada bulan Mac ini telah berakhir dengan mesyuarat Agong sekitar Parlimen Bagan Datoh,yang telah di buat oleh 19 buah Tabika/sebuah Taska yang telah melibatkan Dun Rungkup dan Dun Hutan Melintang.

Banyak ahli jawatankuasa baru telah ditukar ganti untuk menjana idea lebih baik dan kerjasama diantara pihak ibubapa menjadi lebih akrab dengan pihak guru.

Selain itu,penerangan mengenai GST juga telah diberikan semasa mesyuarat dijalankan.Penerangan GST ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat yang telus bagi pihak kerajaan