Sunday 5 April 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 3K PERINGKAT PARLIMEN BAGAN DATOH



Program Gotong Royong Perdana 3K ini telah di lancarkan oleh Encik Ahmad Kamal Idris bin Hj. Nawawi selaku Pengarah Kemas Perak,turut hadir bersama Tuan Hj. Khairuddin bin Hj. Tarmizi selaku Timbalan UMNO Bahagian Bagan Datoh.Pemaju masyarakat pelbagai jurusan juga turut hadir bersama bagi memeriahkan program gotong royong ini.







Pengarah KEMAS negeri Perak menanam pokok mangga sebagai simbolik pelancaran Gotong Royong Perdana 3K peringkat negeri Perak di Tabika/Taska Perumahan Awam Bagan Datoh.





Pengarah Kemas Perak Encik Ahmad Kamal Idris Bin Hj. Nawawi turut mengambil kesempatan menyiram pokok yang baru di tanam oleh beliau.

MESYUARAT JAWATANKUASA AKTIVITI TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS PARLIMEN BAGAN DATOH 2015



Turut hadir dalam majlis ini adalah Datuk Shahrul Zaman bin Datuk Yahya selaku Adun Rungkup merangkap Exco Belia Sukan dan Komunikasi Multimedia turut hadir bersama Tuan Hj. Khairuddin bin Hj Tarmizi selaku Timbalan UMNO Bahagian beserta Encik Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi Pengarah Perak dan Encik Azril Yazan bin Hj Samsuddin selaku Pegawai KEMAS Daerah Hilir Perak.



Kehadiran ibubapa dan masyarakat setempat adalah sangat mengalakkan.Majlis ini telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi.





Thursday 12 February 2015

Al fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

MARILAH KITA SEMUA BANGKIT MENYATUKAN UMAT ISLAM..
sama - sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dengan golongan orang yang baik

Thursday 19 June 2014

MAJLIS TAHLIL DAN TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



PADA 18.6.2014,telah berlangsungnya majlis ringkas tahlil dan tazkirah di pejabat KEMAS bagi Parlimen Bagan Datoh ini.majlis yang telah di hadiri oleh kakitangan pemaju masyarakat tabika dan taska ini sangatbaik.



Majlis yang telah di mulakan dengan bacaan tahlil yang telah diketuai oleh Ustaz Abdul Kodir Bin Rejab ini cukup ringkas dan padat.
Selepas bacaan tahlil tersebut beliau juga memberikan sedikit tazkirah sebagai ingatan kepada semua pemaju masyarakat khususnya berkaitan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Antara penyataan yang beliau katakan ialah ”untungnya kita menjadi umat Muhammad dengan adanya Bulan Ramadhan kerana  ada dikalangan Nabi pun berebut-rebut untuk mendapatkan nikmat dan ganjaran dibulan tersebut yang hanya dapat pada umat Nabi Muhammad sahaja,jadi kita kenalah manfaatkan bulan ramadhan sebaik mungkin.beliau juga turut menyentuh tentang  syarat-syarat berpuasa  bagi golongan yang upaya.



Kehadiran seramai lebih 30 orang itu telah membuatkan majlis yang ringkas itu sangat bermakna buat semua.Selain bermaaf-maafan,majlis diakhiri dengan ucapan ringkas Penyelia Kanan Parlimen Bagan Datoh iaitu Cik Aminah bt Abdul Manaf dengan menyatakan jika kita ingin menghadapi bulan yang mulia,hati kita hendaklah sebersih bulan tersebut.Majlis telah diakhiri dengan jamuan tengahari pada pukul 2.30 petang.

Thursday 12 June 2014

SELESAI SUDAH UNTUK PILIHANRAYA KECIL TELUK INTAN






Seramai sebelas orang yang telah dipilih untuk terlibat dengan pilihanraya kecil ini telah menghasilkan kemenangan yang berbaloi buat kami KEMAS Bagan Datoh kerana telah bertungkus lumus tidak kira waktu dan masa di kawasan Pusat Daerah Mengundi di Pekan Baru selama 2 minggu berturut-turut.



Kami yang dikepalai oleh Cik Aminah Manap selaku Penyelia Kanan KEMAS Bagan Datoh juga berterima kasih kepada beliau dalam usaha menjaga dan memberi tunjuk ajar semasa pilihanraya ini berlangsung.






Dalam waktu yang sama kami juga berterima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak sehinggalah pilihanraya ini tamat.

Sunday 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PARLIMEN BAGAN DATOH


GURU PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INOVASI
Tema guru ini sejajar dengan guru-guru di KEMAS ini khasnya yang kreatif serta berinovasi dalam membantu masyarakat serta memajukan masyarakat ke pringkat yang lebih baik.
Sambutan yang agak sederhana tapi cukup meriah telah bertambah lagi meriahnya dengan kehadiran Pengarah Kemas PERAK,EN KAMAL IDRIS BIN HAJI NAWAWI terima kasih dengan kesudian beliau meluangkan masa bersama kami.Majlis yang telah bermula pada pukul 8.30 malam ini telah dihadiri bersama rakan-rakan yang telah bersara untuk diraikan bersama di Restoran Sutera Bayu di teluk intan.
Selain makan malam yang di nikmati bersama,nyanyian dan pertukaran hadiah telah disampaikan oleh tuan pengarah kita.Majlis yang cukup ringkas ini juga telah mengeratkan lagi hubungan antara pemaju masyarakat lain.Di harapkan sambutan sebegini dapat diteruskan lagi.