Thursday 19 June 2014

MAJLIS TAHLIL DAN TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



PADA 18.6.2014,telah berlangsungnya majlis ringkas tahlil dan tazkirah di pejabat KEMAS bagi Parlimen Bagan Datoh ini.majlis yang telah di hadiri oleh kakitangan pemaju masyarakat tabika dan taska ini sangatbaik.



Majlis yang telah di mulakan dengan bacaan tahlil yang telah diketuai oleh Ustaz Abdul Kodir Bin Rejab ini cukup ringkas dan padat.
Selepas bacaan tahlil tersebut beliau juga memberikan sedikit tazkirah sebagai ingatan kepada semua pemaju masyarakat khususnya berkaitan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Antara penyataan yang beliau katakan ialah ”untungnya kita menjadi umat Muhammad dengan adanya Bulan Ramadhan kerana  ada dikalangan Nabi pun berebut-rebut untuk mendapatkan nikmat dan ganjaran dibulan tersebut yang hanya dapat pada umat Nabi Muhammad sahaja,jadi kita kenalah manfaatkan bulan ramadhan sebaik mungkin.beliau juga turut menyentuh tentang  syarat-syarat berpuasa  bagi golongan yang upaya.



Kehadiran seramai lebih 30 orang itu telah membuatkan majlis yang ringkas itu sangat bermakna buat semua.Selain bermaaf-maafan,majlis diakhiri dengan ucapan ringkas Penyelia Kanan Parlimen Bagan Datoh iaitu Cik Aminah bt Abdul Manaf dengan menyatakan jika kita ingin menghadapi bulan yang mulia,hati kita hendaklah sebersih bulan tersebut.Majlis telah diakhiri dengan jamuan tengahari pada pukul 2.30 petang.

No comments:

Post a Comment