Thursday, 19 June 2014

MAJLIS TAHLIL DAN TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



PADA 18.6.2014,telah berlangsungnya majlis ringkas tahlil dan tazkirah di pejabat KEMAS bagi Parlimen Bagan Datoh ini.majlis yang telah di hadiri oleh kakitangan pemaju masyarakat tabika dan taska ini sangatbaik.



Majlis yang telah di mulakan dengan bacaan tahlil yang telah diketuai oleh Ustaz Abdul Kodir Bin Rejab ini cukup ringkas dan padat.
Selepas bacaan tahlil tersebut beliau juga memberikan sedikit tazkirah sebagai ingatan kepada semua pemaju masyarakat khususnya berkaitan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Antara penyataan yang beliau katakan ialah ”untungnya kita menjadi umat Muhammad dengan adanya Bulan Ramadhan kerana  ada dikalangan Nabi pun berebut-rebut untuk mendapatkan nikmat dan ganjaran dibulan tersebut yang hanya dapat pada umat Nabi Muhammad sahaja,jadi kita kenalah manfaatkan bulan ramadhan sebaik mungkin.beliau juga turut menyentuh tentang  syarat-syarat berpuasa  bagi golongan yang upaya.



Kehadiran seramai lebih 30 orang itu telah membuatkan majlis yang ringkas itu sangat bermakna buat semua.Selain bermaaf-maafan,majlis diakhiri dengan ucapan ringkas Penyelia Kanan Parlimen Bagan Datoh iaitu Cik Aminah bt Abdul Manaf dengan menyatakan jika kita ingin menghadapi bulan yang mulia,hati kita hendaklah sebersih bulan tersebut.Majlis telah diakhiri dengan jamuan tengahari pada pukul 2.30 petang.

Thursday, 12 June 2014

SELESAI SUDAH UNTUK PILIHANRAYA KECIL TELUK INTAN






Seramai sebelas orang yang telah dipilih untuk terlibat dengan pilihanraya kecil ini telah menghasilkan kemenangan yang berbaloi buat kami KEMAS Bagan Datoh kerana telah bertungkus lumus tidak kira waktu dan masa di kawasan Pusat Daerah Mengundi di Pekan Baru selama 2 minggu berturut-turut.



Kami yang dikepalai oleh Cik Aminah Manap selaku Penyelia Kanan KEMAS Bagan Datoh juga berterima kasih kepada beliau dalam usaha menjaga dan memberi tunjuk ajar semasa pilihanraya ini berlangsung.






Dalam waktu yang sama kami juga berterima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak sehinggalah pilihanraya ini tamat.

Sunday, 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PARLIMEN BAGAN DATOH


GURU PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INOVASI
Tema guru ini sejajar dengan guru-guru di KEMAS ini khasnya yang kreatif serta berinovasi dalam membantu masyarakat serta memajukan masyarakat ke pringkat yang lebih baik.
Sambutan yang agak sederhana tapi cukup meriah telah bertambah lagi meriahnya dengan kehadiran Pengarah Kemas PERAK,EN KAMAL IDRIS BIN HAJI NAWAWI terima kasih dengan kesudian beliau meluangkan masa bersama kami.Majlis yang telah bermula pada pukul 8.30 malam ini telah dihadiri bersama rakan-rakan yang telah bersara untuk diraikan bersama di Restoran Sutera Bayu di teluk intan.
Selain makan malam yang di nikmati bersama,nyanyian dan pertukaran hadiah telah disampaikan oleh tuan pengarah kita.Majlis yang cukup ringkas ini juga telah mengeratkan lagi hubungan antara pemaju masyarakat lain.Di harapkan sambutan sebegini dapat diteruskan lagi.

Wednesday, 7 May 2014

JOM SERTAI HARI BELIA PERINGKAT NEGERI PERAK DI BAGAN DATOH





Majlis yang berlangsung sekitar 2 hari yang akan bermula pada 9 Mei ini dan hari kemuncak pada 10 Mei 2014 ini akan berakhir sekitar jam 6.30 petang seperti yang di rancang.

Karnival yang padat dengan aktiviti para belia ini telah di anjurkan oleh Majlis Belia Negeri Perak.
Selain dari itu,majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak

.
Turut hadir bersama meluangkan masa YB Dato Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi,Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh.
YB Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Yahya,beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan,Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak merangkap Adun Kawasan Rungkup.

Segelintir warga KEMAS Parlimen Bagan Datoh juga turut serta menjadi sukarelawan untuk membantu majlis yang akan diadakan ini.
MOH LE KITE RAMEI-RAMEI KE BAGAN DATOH

Wednesday, 23 April 2014

TEAM SORTING KEMAS BAGAN DATOH TELAH BERMULA

Photo: Team sorting bg datoh...

Team sorting telah bermula selepas bengkel profesionalisme yang telah berlangsung pada 13 April 2014.Kumpulan ini telah dibahagikan mengikut kumpulan kecil dibawah tunjuk ajar Puan Zaleha Wahab selaku mangku penyelia perhubungan di kawasan Parlimen Bagan Datoh. 


Bengkel yang telah di hadiri oleh Pengarah KEMAS PERAK EN.Ahmad Kamal Idris Bin Hji Nawawi turut serta bersama


 Datuk Shahrul zaman Bin Datuk Yahya selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Perak,sebagai perasmi majlis ini.

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS ANJURAN PERPUSTAKAAN AWAM SUNGAI SUMUN,PERAK


Pertandingan yang di adakan sekitar jam 8.00 pagi ini telah berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Pertandingan ini telah melibatkan Tabika KEMAS Parlimen Bagan Datoh Dun Hutan Melintang,PERAK.
Pertandingan ini telah di sertai seramai 100 orang kanak-kanak tabika KEMAS.


Pertandingan ini telah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pertandingan mewarna dan pertandingan kolaj.


Selain itu,keputusan pertandingan ini akan diberitahu pada hari Sabtu 26/4/2014 di Dewan Sungai Sumun yang akan dirasmikan oleh Dato' Zahid Bin Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri Malaysia.
Majlis yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini akan bermula seawal jam 9.00 pagi.    

Monday, 14 April 2014

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMAJU MASYARAKAT KEMAS ZON E(BAGAN DATO,TELUK INTAN,TAPAH & TANJUNG MALIM) SIRI 1/2014




13 April 2014,AHAD..Telah berlangsung satu bengkel yang melibatkan seramai 250 orang peserta pemaju masyarakat yang berhimpun di Wisma UMNO Parlimen Bagan Datoh,Perak.

Mereka ini terdiri daripada Parlimen Teluk Intan,Parlimen Tapah dan Parlimen Tanjung Malim.Sebagai tuan rumah bagi bengkel ini,kami telah membuat persiapan yang terbaik untuk kedatangan mereka semua.




Tidak ketinggalan juga,bengkel ini telah dirasmikan oleh Adun Kawasan Rungkup Datuk Shahrulzaman bin Datuk yahya selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Perak.




Bengkel ini juga turut dikunjungi oleh Pengarah KEMAS Perak iaitu EN.Kamal Idris bin Haji Nawawi.Majlis yang telah bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir tepat jam 6.00 petang ini cukup padat dengan pengisian dan slot yang cukup menarik,antaranya perihal isu,perihal perhubungan,perihal kawasan dan perihal penggunaan alam maya.